Artikel
KEBERKESANAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR GURU PISMP
Helen Khoo Chooi Sim, Ph.D
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini meninjau proses pelaksanaan kerja kursus EDU3101 dalam kalangan 79 orang pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2013. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi 4 bahagian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai persepsi yang positif terhadap kerja kursus yang dilaksanakan. Responden kajian berpendapat bahawa kerja kursus yang dilaksanakan dalam kursus ini bertepatan dengan topik-topik kursus (min=4.66) dan kerja kursus yang dilaksanakan membantu responden menguasai ilmu pengetahuan topik-topik kursus (min=4.65). Responden kajian berpendapat bahawa pensyarah kursus telah memberi bimbingan dalam pelaksanaan kerja kursus (min=4.70). Mereka juga berpendapat bahawa pelaksanaan kerja kursus telah membina kepekaan mereka terhadap keperluan untuk menjadi seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak mulia sebagaimana kehendak FPG dan FPK. Berhubung dengan keberkesanan Kursus EDU3101, kursus ini telah meningkatkan kesedaran responden tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru.
Available:
Helen Khoo Chooi Sim . (2014). Keberkesanan Pelaksanaan Kerja Kursus Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Guru PISMP. Jurnal Penyelidikan, Jilid 06, Disember 2014. Ms. 13-25.
POLA PENYOALAN PELAJAR GURU SEMASA AMALAN PROFESIONAL
Helen Khoo Chooi Sim, Ph.D
Hong Kim Guan
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini mengkaji pola penyoalan 201 pelajar guru semasa Amalan Profesional iaitu semasa Praktikum 1. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi 4 bahagian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kajian mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah penyoalan. Mereka berpendapat bahawa penyoalan merupakan komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (min=4.68) serta semua pelajar guru perlu menguasai kemahiran menyoal (min=4.58). Secara purata, didapati bahawa responden kajian menanya 11.7 soalan dalam satu sesi pengajaran selama 60 minit. Dari aspek aras kognitif soalan yang dikemukakan oleh responden semasa sesi pengajaran, sebilangan besar responden menanya soalan aras kognitif rendah iaitu soalan mengingat dan memahami. Kajian juga menunjukkan bahawa teknik kemahiran menyoal yang menonjol dalam kalangan responden ialah sering menyebarkan soalan-soalan ke seluruh kelas (min=4,43), berusaha mencungkil jawapan murid (min=4.36) serta melayani jawapan murid dengan baik (min=4.34).
Available:
Helen Khoo Chooi Sim & Hong Kim Guan. (2014). Pola Penyoalan Pelajar Guru Semasa Amalan Profesional. Jurnal Pendidikan, Bil. 01, Disember 2014. Ms. 20-33
PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
Helen Khoo Chooi Sim, Ph.D
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini menilai hasil pembelajaran kursus EDU3101: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang mengandungi 4 bahagian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus, min, sisihan piawai, dan Korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kajian berpendapat kesemua sembilan topik yang tersenarai dalam Pro forma Kursus EDU3101 adalah mudah difahami. Analisis korelasi kesemua sembilan topik dalam Kursus EDU3101 dengan item ‘Kesemua topik dalam Kursus EDU3101 adalah mudah difahami’ mencatat korelasi yang positif dan signifikan yang sederhana tinggi. Kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan kursus telah berjaya mencapai hasil pembelajaran yang digariskan dalam Pro forma kursus. Akhir sekali, kursus ini telah memberi kesan yang positif kepada responden kajian. Item ‘Kursus ini telah meningkatkan kesedaran saya tentang peranan saya sebagai seorang guru’ dan ‘Kursus ini telah meningkatkan kesedaran saya tentang tangggungjawab saya sebagai seorang guru’ telah masing-masing mencatat min yang tinggi iaitu 4.77.
Available:
Helen Khoo Chooi Sim. (2014). Penilaian Hasil Pembelajaran Kursus Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Jurnal Penyelidikan, Jilid 06, Disember 2014. Ms. 65-77.
MENINJAU TAHAP PENGLIBATAN PENSYARAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PENGURUSAN DI IPGK PULAU PINANG
A.Rajoo PhD
Helen Khoo Chooi Sim PhD
Khoo Bee Lee PhD
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Tujuan kajian deskriptif ini adalah untuk meninjau tahap penglibatan pensyarah dalam membuat keputusan dalam pengurusan di IPG Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Dua kaedah pengumpulan data telah digunakan, kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kaedah kualitatif (temu bual). Maklum balas melalui soal selidik diperoleh daripada pensyarah IPGKPP yang berpengalaman. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus, min, sisihan piawai, dan Ujian-t Berpasangan dan Korelasi. Berpandukan model Alutto dan Belasco (1973), hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penglibatan sebenar responden dalam membuat keputusan dalam bidang pengurusan, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal pelajar dan komuniti di IPG adalah rendah. Hasil kajian menunjukkan bahawa min tahap penglibatan dalam bidang kurikulum adalah yang paling tinggi iaitu 3.28. Bidang ini juga mencatat min yang paling tinggi untuk tahap keinginan penglibatan oleh responden kajian iaitu 4.10. Kajian ini juga menunjukkan bahawa min tahap penglibatan dengan min tahap keinginan penglibatan adalah adalah hampir selari. Tahap keinginan penglibatan adalah lebih tinggi secara ‘proportionately’ untuk kelima-lima bidang. Terdapat korelasi yang tinggi, positif dan signifikan antara tahap penglibatan pensyarah dengan tahap keinginan penglibatan dalam kelima-lima bidang. Korelasi yang paling tinggi ialah dalam bidang kurikulum (r=.705). Akhir sekali, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara min tahap penglibatan responden sebenar dengan min tahap keinginan penglibatan untuk kelima-lima bidang yang dikaji.
Available:
A. Rajoo, Helen Khoo Chooi Sim & Khoo Bee Lee. (2014). Meninjau Tahap Penglibatan Pensyarah dalam membuat keputusan dalam Pengurusan di IPGKPP. Jurnal Pendidikan, Bil. 01, Disember 2014. Ms. 1-19.
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Tentang Penyelidikan Tindakan Dalam Kalangan Pelajar Guru PISMP
Dr. Helen Khoo Chooi Sim
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran serta persepsi 44 orang pelajar guru PISMP terhadap penyelidikan tindakan. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri dari tiga bahagian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran responden adalah rendah untuk 17 komponen yang dikaji (min kurang dari 3.0). Secara keseluruhan, min tahap pengetahuan adalah lebih tinggi berbanding dengan min tahap kemahiran untuk kesemua 15 komponen kecuali komponen ‘Tinjauan literatur’ dan ‘Penulisan Abstrak’. Analisis korelasi menunjukkan bahawa kesemua 17 komponen mencatat korelasi positif dan signifikan yang melebihi 0.50 antara tahap pengetahuan dengan tahap kemahiran. Kajian ini juga mendapati bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap penyelidikan tindakan kerana item 5, 6 dan 20 mencatat min yang tinggi.
Available:
Helen Khoo Chooi Sim. (2013). Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Tentang Penyelidikan Tindakan Dalam Kalangan Pelajar Guru PISMP. Jurnal Penyelidikan, Bil. 05, Disember 2013, ms1-12.
Bimbingan penyelidikan tindakan 6 orang pelajar guru PISMP Ambilan Januari 2010 yang telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Pemulihan: Inovasi Pendidikan Pemulihan Satu Transformasi, 2013 seperti tajuk-tajuk berikut:
1. Penggunaan Kotak Origami Dan Pembilang Berwarna Dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi Penambahan Dalam Bentuk Lazim Dalam Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula, ms. 321-331- Nor Syuwariyah Binti Mohamed
2. Penggunaan Kaedah Lidina Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Bagi Murid Pemulihan Tahun 2 ms. 332-344 - Norhidayah Bt Abdullah
3. Pengaplikasian Teknik ‘TIAB’ Dalam Membantu Murid Pemulihan Tahun 3 Menulis Huruf Kecil, ms 345-358 - Nur Anati Binti Azizan
4. Meningkatkan Kemahiran Menulis Nombor 1 Hingga 9 Mengikut Arah Tulisan Nombor Yang Betul Dengan Menggunakan Kaedah VAKT (Visual, Audio, Kinestatik Dan Taktil), ms 359-369 - Nur Fatin Nadiah Binti Azmi
5. Penggunaan Petak Sepuluh Dalam Meningkatkan Kemahiran Melengkapkan Dua Nombor Operasi Tambah Dalam Lingkungan 100 Untuk Murid Pemulihan Tahun 3, ms. 370-380 - Nur Fazlizan Bt Pauzi
6. Pengaplikasian Kaedah Bermain Untuk Meningkatkan Penguasaan Murid Pemulihan Dalam Kemahiran Mengenal Dan Mengira Nombor 1 Hingga 10, ms. 381-390 - Nurfarah Binti Zulkifli
Aplikasi Prinsip-prinsip Pengurusan dan Motivasi Sun Tzu dalam Organisasi
Dr. Helen Khoo Chooi Sim
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Pengurusan dan motivasi merupakan isu yang sering dibincangkan dan ia harus dititikberatkan oleh organisasi yang ingin berjaya dalam era globalisasi. Amalan pengurusan yang baik dan motivasi yang tinggi dalam kalangan warga organisasi dapat merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi. Sun Tzu dalam bukunya yang bertajuk Art of War telah mengkongsi pengalaman kejayaan-kejayaan beliau dalam peperangan. Prinsip-prinsip perang yang digunakan oleh Sun Tzu dalam peperangan dapat diaplikasikan dalam pengurusan organisasi. Artikel ini membincangkan pendekatan-pendekatan asas Sun Tzu dan aplikasinya dalam pengurusan serta cara untuk memotivasi warga organisasi.
Available:
Helen Khoo Chooi Sim. (2012). Aplikasi Prinsip-prinsip Pengurusan dan Motivasi Sun Tzu dalam Organisasi. Jurnal Pendidikan Gerak, Bil. 24, Disember 2012. Ms. 1-10.
Ascertaining Adult Learner Characteristics and ICT Competencies of Private Preschool Teachers
Helen Khoo Chooi Sim
Educational Studies Department
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, MALAYSIA
Abstract
This study seeks to examine the adult learner characteristics and level of perceived ICT competencies of private preschool teachers enrolled in a three-week preschool teachers’ course at Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia. Quantitative method was employed in this study to elicit responses from 56 private preschool teachers. Results from this study denoted that 98.2% of the respondents perceived that learning is important to them and 92.8% of the respondents perceived that it is important for teachers to be lifelong learners. Almost all (96.4%) of the respondents indicated that teachers should be lifelong learners and also professed that they personally want to learn. The respondents indicated that they want to learn things that are useful (mean=3.32); they can be successful in learning if they want to (mean=3.28) and are responsible for their own learning (mean=3.16). Results from this study also indicated that the level of perceived ICT competencies recorded higher means when compared to the level of usage for six ICT competencies identified in this study. The item ‘Serving the internet for teaching and learning materials’ recorded the highest mean of 2.38; followed by item ‘Usage of electronic mails’ which recorded a mean of 2.37; and item ‘Microsoft Office Word’ recorded a mean of 2.33. This study also revealed that there exist positive moderate correlations between the level of perceived competency and level of usage for all 6 ICT. It is recommended that more courses and training to be conducted in the areas of ICT to improve the level of competency and its usage amongst the private preschools teachers in order to uplift the preschool educational standard in Malaysia.
Available:
Helen, K.C.S. (2012). Ascertaining Adult Learner Characteristics and ICT Competencies of Private Preschool Teachers. Malaysian Journal of Educational Technology, 12(1), pp. 5-15.
Penulisan Abstrak Dalam Manuskrip Penyelidikan
Dr. Helen Khoo Chooi Sim
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Dalam semua manuksrip penyelidikan, bahagian abstrak sering dibaca disebabkan pembaca berminat untuk mengetahui ringkasan kajian yang dijalankan dan juga dapatan-dapatannya. Justeru, setiap manuskrip penyelidikan perlu mempunyai abstrak. Abstrak ialah satu pernyataan ringkas tentang kandungan yang diliputi dalam manuskrip penyelidikan. Panjang abstrak hendaklah tidak melebihi 250 patah perkataan. Abstrak biasanya ditulis dalam dua bahasa, iaitu dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Abstrak yang lengkap hendaklah memperihalkan:
· Tujuan dan tumpuan kajian: Mengapa kajian dijalankan?
· Bahan dan kaedah: Bagaimana kajian dijalankan? Alat kajian? Sampel kajian? Tatacara pengutipan dan analisis data?
· Penemuan: Dapatan utama
· Kesimpulan: Rumusan penting
Dalam penulisan abstrak, beberapa perkara perlu dielakkan, iaitu:
· Merujuk jadual atau rajah
· Menggunakan kependekan/singkatan atau akronim kecuali kependekan/singkatan itu seragam atau diberi penerangan
· Menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan yang tidak terkandung atau tidak dijelaskan dalam manuskrip
· Membuat pernyataan tentang penemuan yang terlalu umum
Penulisan abstrak yang mendasari tentang tujuan dan tumpuan, bahan dan kaedah, penemuan, kesimpulan/rumusan penting perlu diolah dan dirangkumkan dalam beberapa ayat yang mudah difahami pembaca.
Available:
Helen Khoo Chooi Sim. (2012). Penulisan Abstrak Dalam Manuskrip Penyelidikan. Buletin Penyelidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Bil. 1, ms.6.
Bimbingan penyelidikan tindakan 6 orang pelajar guru PISMP Ambilan Januari 2009 yang telah diterbitkan dalam Jurnal Koleksi PemEd, IPGKPP, Bil.2/2012 seperti tajuk-tajuk berikut:
a. Penggunaan Kaedah Suku Kata Dalam Mempertingkatkan Pembunyian Suku Kata Murid Pemulihan - Hasliza binti Hussin
b. Penggunaan Teknik Skala Nombor Tetap Dalam Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah Lingkungan 50 - Izzat bin Mohd Sani
c. Meningkatkan Kemahiran Menulis Mekanis Murid Pemulihan Dengan Menggunakan Kaedah Latih Tubi - Mohd Fadlan Bin Abu Bakar
d. Pengaplikasian Metod Multi-Sensori Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengeja - Mohd Izzat bin Ismail
e. Penggunaan Bahan Konkrit Dalam Membantu Murid Masalah Pembelajaran Lembam Menguasai Kemahiran Membilang Dan Nilai Nombor Bulat Hingga 10 - Muhammad Ikram bin Mohd Ali
f. Penggunaan Bahan Bergambar Dalam Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Membina Dan Menulis Ayat - Murni Nur Munirah Binti Mahamud
Access, Success Rate and Learner Characteristics of the Holiday Diploma in Teaching Program (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) Student Teachers in Malaysia
Helen Khoo Chooi Sim
Educational Studies Department
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstract
This paper discusses the access, success rate and learner characteristics of the Holiday Diploma in Teaching Program (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) student teachers at Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia. The findings are based on the responses of 24 student teachers enrolled in this program. Quantitative and qualitative methods were employed in this study. Results from this study denoted that the access to teacher education is given to all teachers from religious school across the country and the success rate is 100%. At the end of the program, 66.7% of the student teachers graduated with excellent grades. This success rate is attributed to the constant and consistent hours spent by the respondents in their learning i.e. between 1 to 5 hours per day. All of the respondents are proponents of lifelong learning and perceived that learning is important to them and also professed that they personally wanted to learn. The reasons for them to pursue their education is to increase their self-confidence, to have higher qualification and to develop new skills. Respondents of this study opined that they have achieved the program objectives and the contents of the program is relevant to them as teachers. They also indicated that the instructional design for the program namely self-instructional study materials (course modules) and face-to-face interaction with lecturers assisted them in their learning. Respondents of this study are more confident as teachers after attending this program. This is a good indicator on the success of this program to produce qualified teachers to uplift the educational standards in Malaysia.
Keywords: Adult learners, lifelong learners, distance education, instructional design, face-to-face interaction, self-instructional study materials, success rate, Malaysia
Available:
Helen KHOO Chooi Sim. (2011). Access, Success Rate and Learner Characteristics of the Holiday Diploma in Teaching Program (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) Student Teachers in Malaysia. International Journal of Instructional Technology & Distance Learning, 8(4), 25-36. Available at http://www.itdl.org/Journal/Apr_11/index.htm
Profil dan Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Pelajar-pelajar KPLI
Helen Khoo Chooi Sim, Ph.D
Hong Kim Guan
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar KPLI terhadap konsep kompetensi kecerdasan emosi, mengkaji tahap kompetensi kecerdasan emosi pelajar serta mengenalpasti sama ada terdapat korelasi antara komponen kompetensi kecerdasan emosi personal dan komponen kompetensi kecerdasan emosi sosial pelajar. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri dari tiga bahagian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden kajian berpendapat bahawa setiap orang harus mempunyai kompetensi kecerdasan emosi dan individu yang memiliki kompetensi kecerdasan emosi yang tinggi merupakan orang yang berjaya dalam kehidupan. Responden kajian juga berpendapat bahawa mereka akan berusaha untuk meningkatkan tahap kompetensi kecerdasan emosi mereka. Dari aspek tahap kompetensi kecerdasan emosi, responden kajian mempunyai kesedaran yang tinggi dari aspek kesedaran emosi kendiri. Kesedaran komponen kecerdasan emosi personal adalah lebih tinggi berbanding dengan kesedaran komponen kecerdasan emosi sosial. Analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif dan signifikan yang sederhana tinggi antara komponen Kesedaran Emosi Kendiri dengan komponen Kesedaran Mengenali Emosi Orang Lain (r=0.540), komponen Kesedaran Kemahiran Sosial (r=0.411) dan komponen Kesedaran Pemotivasian Emosi (0.318).
Available:
Helen KHOO Chooi Sim & HONG Kim Guan. (2011). Profil dan Tahap Kompetensi Kecerdasan Emosi Pelajar-pelajar KPLI. Jurnal Penyelidikan, Bil. 3 Disember 2011,120-139.
Facilitating Adult Learning: Perspectives of Private Preschool Educators
Helen Khoo Chooi Sim
Educational Studies Department
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstract
This paper discusses the adult learning characteristics of private preschool educators enrolled in the three-week preschool educators’ course at Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Malaysia. Quantitative method was employed in this study to elicit responses from 56 preschool educators. Results from this study denoted that 98.2% of the respondents perceived that learning is important to them and 92.8% of the respondents perceived that it is important for teachers to be lifelong learners. 96.4% of the respondents indicated that teachers should be lifelong learners and also professed that they personally want to learn. In terms of adult learners’ characteristics, item ‘I want to learn things that are useful to me’ recorded the highest mean of 3.32. This is followed by the item ‘I will be successful in learning if I want to’ and ‘I am responsible for my own learning’ which recorded means of 3.28 and 3.16 respectively. The respondents preferred the method ‘Discussion with course mates’ (mean=3.25); ‘Prepare well before the examination’ (mean=3.18); ‘Discussion with course lecturers (mean=3.17) and ‘Do well in the assignments given’ (mean=3.17) in their learning process. The findings of this study implicated that adult educators should ascertain the learning characteristics and preferred learning method of their adult learners in order to successfully produced qualified and confident preschool teachers to uplift the preschool educational standards in Malaysia.
Keywords: Adult learners, adult learning, preschool education, private preschool teachers, lifelong learners, self-learning materials, face-to-face interaction, Malaysia
Available:
Helen KHOO Chooi Sim (2011). Facilitating Adult Learning:Perspectives Of Private Preschool Educators. Jurnal Penyelidikan, Bil. 3 Disember 2011, 31-46.
(Artikel ini juga telah dibentangkan pada Seminar Pembudayaan Penyelidikan IPG Zon Utara pada 19-20 Oktober 2011)
Atribut Pembelajaran Sepanjang Hayat Guru-guru Prasekolah Swasta
Helen Khoo Chooi Sim
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Kajian ini meninjau persepsi 56 orang guru prasekolah swasta tentang konsep pembelajaran sepanjang hayat, tujuan meneruskan pembelajaran serta faktor-faktor yang mendorong serta menghalang mereka sebagai pelajar dewasa. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kajian pada awal kursus. Hasil kajian menunjukkan responden berpendapat bahawa pendidikan adalah penting (98.2%). Responden kajian juga berpendapat bahawa mereka harus menjadi pengamal pembelajaran sepanjang hayat (92.8%) serta perlu sering meningkatkan pengetahuan (96.4%). Tujuan responden meneruskan pembelajaran ialah untuk mendapatkan kemahiran baru (min=3.59), mendapat pengetahuan baru (min=3.56) dan untuk meningkatkan keyakinan diri (min=3.49). Faktor-faktor yang mendorong responden meneruskan pembelajaran ialah diri mereka sendiri (min=3.22), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (min=3.22) serta galakan pihak majikan mereka (min=3.09). Manakala, faktor utama yang menghalang responden meneruskan pembelajaran ialah komitmen keluarga (min=2.82), masalah kewangan (min=2.74) dan kekangan masa (min=2.71). Kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta pihak majikan prasekolah swasta harus menganjurkan lebih banyak kursus prasekolah untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru-guru prasekolah.
Available:
Helen KHOO Chooi Sim (2011). Atribut Pembelajaran Sepanjang Hayat Guru-Guru Prasekolah Swasta. Jurnal Pendidikan Gerak, 23, 2011, 13-29.
Can Cooperative Learning Method Enhance Pupils’ Participation and Performance?
Nadiah bt. Harun
Helen Khoo Chooi Sim
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Abstract
This action research was conducted on six Year 2 primary school pupils in a national school in Penang. Six passive pupils, who were quiet, shy and not confident in expressing their ideas, were chosen for this study. The researcher implemented cooperative learning method during lessons to involve these passive pupils in the teaching and learning process. Results from this study indicated that there were changes in the passive pupils’ behavior and cognitive development. Through group work and with the assistance of their peers, there were changes in their behavior in terms of social skills. These pupils showed confidence in learning the Mathematics concepts together with their peers. They were more active in the class activities and there were improvement in their communication skills. There were also improvement in the academic achievement for all six pupils in the Mathematics topic ‘Volume’ and improvement for only three pupils in the topic ‘Shape and space’.
Available:
Nadiah bt. Harun & Helen KHOO Chooi Sim (2011). Can Cooperative Learning Method Enhance Pupils’ Participation and Performance? Jurnal Pendidikan Gerak, 23, 2011, 63-70.
The Learners’ Support System in Distance Education: A Study of the Satisfaction of Quality
Helen Khoo Chooi Sim, Hanafi Atan and Rozhan M. Idrus
Universiti Sains Malaysia
Malaysia
Abstract
This article reports on the study undertaken to determine the satisfaction of quality related to the 16 dimensions of the support system provided to the learners enrolled at the School of Distance Education (SDE), Universiti Sains Malaysia (USM). The three main aspects of this study were the frequency of usage, the degree of the usefulness in their learning and the critical dimension contributing towards the overall satisfaction of quality of the support system. The findings revealed that the learner support system consisting of the annual residential intensive course, modular printed learning materials, academic planner, the university library, the academic guide book and video conferencing were among the dimensions perceived to be useful by the students in providing the necessary support in the learning processes. The correlation analysis showed that all the 16 dimensions studied were significantly (p<0.01) and positively correlated with the overall satisfaction of quality. The modular printed materials recorded the highest positive correlation, followed by video conferencing, the annual residential course, regional centres and assignments. The Multinomial Logistic Regression analysis indicated that the modular printed learning materials emerged as a critical dimension for the overall satisfaction of quality with 77.9 percent predictability. The role of the modular printed materials towards the overall satisfaction of the quality of the support system is highlighted and discussed.
KeyWords: distance education, adult learner, support system, quality, learner satisfaction, academic support system, non-academic support system, learner’s needs, critical dimension of support system, video conferencing, printed module, regional center.
Available:
Helen KHOO Chooi Sim, Hanafi ATAN & Rozhan M. IDRUS. (2005). The Learners’ Support System in Distance Education: A Study of the Satisfaction of Quality. International Journal of Instructional Technology & Distance Learning, 2(9), 13-23. http://www.itdl.org/Journal/Sep_05/index.htm