Salam sejahtera Semua
Disertakan Tugasan B untuk tindakan semua.
B. Pelajar guru secara individu menulis esei (50%) berdasarkan tajuk berikut:
Dalam satu perbualan antara guru-guru besar sekolah, Encik Ahmad, guru besar Sekolah Kebangsaan Dusun (SK Damai) mengeluh dan menceritakan masalah kepada Encik Ali, guru besar sekolah jiran, Sekolah Kebangsaan Ladang (SK Aman)
En. Ali : Mengapakah mengeluh saja?
En. Ahmad : Saya sudah lama bertoleransi dengan sikap Puan Siti, dan kali ini saya
tak tahan lagi.
En. Ali : Apakah masalahnya ?
En. Ahmad : Kan awak tahu bahawa Puan Siti itu adalah punca berbagai-bagai
masalah di sekolah saya. Dan kali ini dia sudah melampau.
Encik Ali pernah mendengar sedikit sebanyak tentang Puan Siti. Misalnya Puan Siti sebagai pemimpin tidak rasmi kepada guru-guru di SK Damai dan pengaruhnya ke atas guru lain di sekolah tersebut merupakan satu masalah kepada Encik Ahmad. Merujuk pada beberapa peristiwa yang telah berlaku di sekolah itu yang beliau terdengar daripada guru-gurunya bahawa beberapa tindakan Pn. Siti telah menimbulkan persoalan yang agak serius berkenaan etika profesional. Encik Ali berasa hairan bagaimana Encik Ahmad membiarkan masalah ini berlarutan beberapa tahun.
En Ahmad: Masalah ini bertambah teruk apabila saya menerima aduan bahawa Puan Siti mengkritik seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris tahun 6 secara terbuka di hadapan ibu bapa. Cik Minah, guru Bahasa Inggeris tahun 6 itu, telah mengenal pasti beberapa masalah serius berkenaan pembacaan bahasa Inggeris kelas itu dan melaporkan hal itu kepada guru kanan bidang Bahasa Inggeris. Puan Siti, yang mengajar Bahasa Inggeris kepada kelas yang sama sepanjang tahun lepas menganggap laporan Cik Minah itu sebagai satu cabaran kepada reputasinya sebagai seorang guru. Oleh itu, Puan Siti bertindak balas dengan mengkritik Cik Minah secara terbuka di hadapan ibu bapa. Puan Siti mengatakan bahawa masalah membaca yang disebut-sebutkan oleh Cik Minah sebenarnya bukanlah masalah murid tetapi adalah masalah Cik Minah sendiri.
En Ahmad: Pada saya, Cik Minah merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang bagus. Saya fikir sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan masalah dengan Puan Siti itu. Pada mulanya saya ingin memanggil Puan Siti tetapi tidak ada masa. Apabila ada masa lapang, saya rasa tidak ada keperluan memanggil Puan Siti. Saya rasa lebih baik kiranya saya berbincang dengan orang lain sebelum memanggilnya.
(Dipetik dan diubahsuai dari Jones, P J., “Case Study: A Matter of Leadership” (Ubahsuai) dalam Readings and Cases in Educational Administration, Volume 6. WAIT, 1981.)
Berdasarkan kes di atas, bincangkan :
1. Apakah analisis anda terhadap kepimpinan Encik Ahmad sebagai guru besar SK Damai? (10 markah)
2. Apakah isu etika profesionalisme dalam kes di atas dan pada pandangan anda bagaimana isu seperti ini perlu ditangani pada peringkat sekolah? (20 markah)
3. Jika anda Encik Ali, bagaimana anda menasihati Encik Ahmad dalam isu di atas? (10 markah)
4. Bincangkan nilai-nilai keguruan yang anda boleh pelajari daripada kes di atas(10 markah)
Sekian.